Followers

Sunday, August 21, 2011

kOngsi :: Resepi



Resepi Nasi Ayam Sedap


Bahan2 untuk Ayam :
  • Ayam- direbus dan ditoskan
  • Kemudian : Serai, Bawang putih, Halia, & Sedikit bawang besar - dikisar 
  • Pastu bahan2 kisar tu dituangkan ke atas ayam yg tlh direbus tadi bersama2 dengan bhn2 lain :
    • Kicap manis
    • Sedikit kicap masin (xde lam pic)
    • Sos cili
    • Sos tomato
    • Sos tiram
    • 1 sudu madu
    • Sila abaikan white pepper tu sbb can x guna pon....
  •  Perap lama2 - kalo boleh 3-4 jam

Bila ayam dah setel, kita biar kan je... tgu masa nk menggoreng jek nnt...


 
Jadik jom lah kita usha caner nak masak nasik pulak ye...

Bahan2 Utk Nasik
  • Beras dicuci bersih
  • Rempah sup tulang adabi = bunjut + segala kayu kayan yg kat dalam plastik tu
  • 1 batang serai - diketuk
  • 4 helai daun pandan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
Cara2 nye :
  • Beras yg dah dicuci td, masukkan lam rice cooker
  • Tuangkan air rebusan ayam tadi - agak2 cukup utk masak cam masak nasi biasa
  • Taburkan sedikit serbuk kunyit (kalo nak nasi tu kaler kekuningan)
  • Pastu, panaskan 1 sudu minyak masak
  • Tumiskan bawang merah + bawang putih yg tlh dihiris td
  • Tumiskan bersama2 dgn sup bunjut, kayu manis n segala macam kayu n herbs yg ada bersama2 rempah sup tulang adabi tu (sori can mmg fail pasal nama2 kayu n herbs ni) sampai wangi
  • Masukkan pula serai
  • Then tuangkan ke dalam rice cooker yg td
  • Masukkan daun pandan ke dalam rice cooker tu jugak
  • Tekan butang 'ON', then tunggu lah nasik tu masak nnt
  • Beginilah ruper nasi yg menunggu masa utk dimasak itew


Ayam n Nasik dah... so now it's time to prepare the soup...
Bahan2 untuk sup :
  • Air rebusan ayam
  • Sup bunjut
  • Kiub ayam 
  • Sedikit halia - ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • Serbuk sup
  • Garam
  • Gula
  • Bawang goreng
  • Daun sup - dihiris halus
  • Amik satu pan, masukkan sedikit minyak masak
  • Tumiskan halia, bawang putih dan bwg merah yg telah ditumbuk tadi
  • Masukkan sup bunjut
  • Kemudian tuangkan ke dalam periuk yg berisi air rebusan ayam tadi
  • Sup dimasak sambil dikacau sekali sekala
  • Masukkan serbuk sup secukupnya
  • Kemudian masukkan 1 kiub pati ayam
  • Then tambahlah garam n gula secukup rasa
  • Bila dah mendidih n rasa smua dah sebati... leh la tutup api dan ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup

Next is to prepare the Kicap 
Bahan2 untuk kicap :
  • Kicap Manis
  • Sedikit kicap masin
  • Sup
  • Campurkan ketiga2 bahan tadi - biar rasa dia balance - x masin, x manis
  • Dah siap
Next pulak, sambal cili
Bahan2 untuk sambal cili :
  • Cili besar 6 tangkai 
  • Cili kecik 2 tangkai
  • Bawang putih 2 ulas
  • Kesemua bahan2 di atas diblend bersama2
  • Kemudian rebus sekejap
  • Masukkan cuka beberapa titik
  • Then masukkan juga garam dan gula
  • Masak hingga mendidih
  • Then siap




***************************************************************************************




RESEPI BEGEDIL DAGING BERGER

: Izah kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com 16-18 biji kecil atau bergantung pada saiz Bahan: 2 biji kentang saiz sederhana besar Sedikit garam 1 keping daging burger Daun sup/daun bawang dicincang- optional 1/sb - 1sb tepung jagung 1 biji telur, dipukul sedikit + secubit garam Minyak untuk menggoreng

 Cara:
 1. Basuh dan buang kulit kentang.

 2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.

 3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih panas).

 4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger (defrost dahulu) dan daun sup/daun bawang (jika guna) dan gaul sebati. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2sb tepung jagung. 4. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.

 5. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali (untuk mengelakkan begedil hancur).

 6. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.

 7. Angkat dan toskan atas paper towel.






********************

 

PAN CAKE ..
BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
2 camca besar seri kaya (mat guna jenama "Yeo's")
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cawan susu segar
3 camva besar air
30 gram mentega dicairkan#
1 camca besar mayonnaise
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Madu, Strawberry, Seri kaya untuk dimakan bersama pancake#

CARA MEMBUATNYA :-)
Dalan bekas, satukan semua bahan diatas kecuali bahan bertanda (#), kacau rata hingga sebati dan masukkan mentega cair, kacau rata dan rehatkan 10 minit.
Panaskan non-stick pan bersaiz 4 inci dengan sedikit minyak. Tuang 1/3 cawan adunan dan masak dengan api kecil. Tutup dengan tudung periuk, biar hingga permukaan pancake berbuih dan kelihatan kering. Terbalikkan. Masak hingga perang, alih dalam pinggan, buat hingga habis, yang penting guna api kecil.
Hidangkan pancake yang telah siap bersama madu, strawberry atau seri kaya, jika suka... Selamat mencuba

>>>>>>>>>end









JELATAH
Resepi : Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
1/2 biji nenas sedarhana kecil - dipotong kecil
1 batang timun - dipotong
1-2 labu bawang besar - dimayang
2 batang cili merah - dihiris
1 tsp cuka
1 tsp gula
Secubit garam
Cara:
Campurkan semua bahan dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

>>>>>>>end




Ikan Tiga Rasa

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia
2 biji tomato (agak masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar

Cara memasak:


Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
Tuang atas ikan

>>>>>>>>>>end







Cornflakes Madu Berkacang


Bahan-bahan *sila guna cawan yang sama saiz bagi setiap bahan

1 cawan kacang tanah-goreng dengan minyak dan toskan.(goreng jap jer,dalam 2 minit)
4 cawan Cornflakes
1/2 cawan madu
1/2 cawan mentega
Papercups secukupnya

Cara-cara:
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. sejukkan sebentar.
Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam kuali yang berisi mentega dan madu cair tadi. Kacau sebati sehingga cornflakes diseliputi madu dan mentega sepenuhnya.
Masukkan kacang tanah dan gaul sebati lagi.
Isikan ke dalam papercups dan bakar selama 3-5 minit pada suhu 130c. Sejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

>>>>>>>>>>>>>>end





Ketam Bertelur

Bahan-bahan:

2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar

Cara memasak:


Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
Masukkan secawan air
MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.


>>>>>>>>>>>>>>end



Udang Goreng Nestum

Bahan-bahan:

• 1kg udang basah (saiz sederhana besar)
• 3 ulas bawang putih
• 10 tangkai cili padi
• 2 tangkai daun kari
• 1/2 cawan susu cair
• 4 sudu besar mentega
• 2 sudu besar tepung beras
• 1/2 cawan nestum
• Garam dan serbuk lada sulah
• Minyak untuk menggoreng
• 3 biji telur

Cara-cara:

1. Gaul udang dengan garam dan lada sulah. Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Sementara itu, pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing. Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak.
4. Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan nestum. Sedia untuk dihidang...

>>>>>>>>>>>>end





PUDING KOKTAIL BERKUAH



Bahan-bahan Puding Kastad :

900 ml air
20 gm serbuk agar-agar
5 Tbsp gula pasir
3 Tbsp tepung kastad
1/2 tsp garam halus
250 ml susu cair

Cara-cara :

Masak serbuk agar-agar dan gula pasir bersama air hingga larut. Kecilkan api.
Bancuh tepung kastad bersama susu cair hingga larut.
Masukkan bancuhan tepung kastad dan garam ke dalam larutan agar-agar dan masak hingga sebati. Tutup api dan tuang ke dalam loyang. Biarkan beku di dalam peti ais.

Bahan-bahan Kuah Puding :
1 tin susu cair (400 ml) + baki susu cair dari atas tadi
1 tin besar fruit cocktail (tapis untuk mengasingkan buah-buahan dengan airnya)
200 ml air masak
5 Tbsp gula pasir
1/2 tsp garam halus
Cara-cara :
Campurkan semua bahan di atas kecuali buah koktail.
Masak sekadar gula larut dan tutup api.
Sejukkan ke dalam peti ais.

Cara Menghidang :

Potong puding kastad menjadi bentuk kiub-kiub kecil.
Masukkan kiub-kiub puding kastad tadi ke dalam mangkuk besar bersama buah-buahan campuran yang telah ditapis tadi.
Tuangkan kuah puding dan sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
>>>>>>>>>>>>>>>>>end








[A] Bahan-bahan Puding Mokka :
10 gm serbuk agar-agar
400 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 Tbsp + 1 tsp tepung jagung, larutkan dengan 100 ml air
600 ml susu segar
2 Tbsp serbuk koko, dilarutkan dengan 60 ml air panas
Cara-cara :
Masukkan air, serbuk agar-agar dan juga gula pasir ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan serbuk agar-agar serta gula larut.
Masukkan larutan tepung jagung, susu segar dan juga larutan koko. Kacau rata. Biarkan di atas api yang paling kecil atau boleh merendam periuk di dalam satu bekas lain yang berisi air panas. Tujuannya untuk mengelakkan larutan agar-agar dari membeku sebelum habis digunakan.

[B] Bahan-bahan Puding Kopi :
10 gm serbuk agar-agar
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
3 tsp serbuk kopi segera(nescafe)
Cara-cara :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Biarkan di atas api yang paling kecil atau letakkan periuk ke dalam bekas yang berisi air panas untuk mengelakkan larutan agar-agar membeku sebelum habis digunakan.

Cara Menyediakan Puding Kopi Mokka :


Sedikan loyang atau acuan kegemaran anda. Basahkan bahagian dalamnya dengan air.
Tuang atau sendukkan adunan puding mokka ke dalam acuan. Biarkan ia mengeras.
Kemudian, sendukkan pula adunan puding kopi ke dalam acuan tadi. Biar ia mengeras.
Buat hingga habis semua adunan digunakan. Simpan di dalam peti sejuk. Hidangkan apabila telah keras sepenuhnya.


>>>>>>>>>>>>>>>>>> end

Monday, August 15, 2011

Aku Stress Giler: OMG : Bukti Bahayanya Burger Dan Fries McDonald's

Aku Stress Giler: OMG : Bukti Bahayanya Burger Dan Fries McDonald's: "Seorang artist dari New York, Sally Davies telah menjalankan satu projek mengambil gambar burger dan fries set Happy Meal McDonald's. Beli..."

Aku Stress Giler: Seram : Villa Nabila, Tempat Penginapan Berhantu d...

Aku Stress Giler: Seram : Villa Nabila, Tempat Penginapan Berhantu d...: "Pagi tadi terbaca post dan terus buat entri mengenai Kemayan City di Tampoi, Johor Bharu. Itu mengenai satu pusat membeli belah yang telah ..."

Friday, August 12, 2011

HanYa Bacaan Jer ...

Saya bertanya kepada emak, “mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung, “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, “Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
“Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu,” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.

“Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak..” Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.

“Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.

Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
“Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya,” emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.”

“Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”

“Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu..

Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur,” sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara,” emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.



>>>>>>>>>>> End